Total Pageviews

Saturday, December 31, 2011

Membeli Belah


Pengkalan kubur

Nasi Arab

Restoran Am Tarbush, masakan arab citarasa malaysia.
Sori Dah Licin!
Restoran ini terletak di Langgar Kota Bharu, sebelah kiri dari Kota Bharu ke Kubang Kerian, sebelum sedikit Kompleks beli Belah Billion.

Nasi Arab





Bagi sesiapa yang menggemari nasi arab, silalah kesini, Restoran ini namanya Restoran Arab Cuisine, terletak di Jalan Datuk Lundang, jalan menuju kelundang dari balai Islam , terletak di sebelah Kanan jalan.

Resepi Ori Timur tengah, nasi Mandi disini cukup menyelerakan, boleh makan bersila di tingkat atas, boleh order ikut jumlah pelanggan, harga untuk seorang RM15 untuk nasi mandi kambing , harga pada 2010.

Sate Perut Ayam


Sate perut ayam ini mungkin hanya terdapat di Kelantan, banyak terjual di pasar pasar malam sekitar kota Bharu atau dimana sahaja di pasar pasar.

Mi Pak San Dan Anak Anak


Mi ini cukup saya gemari, lokasinya selepas bulatan Pasir pekan menuju ke wakaf Bharu , kira2 100 meter sebelah kiri dari bulatan.

Nasi Kerabu Daging Bakar


Lokasinya di Batu 11 jalan KualaKrai, selepas Kadok dan Sebelum Ketereh, dibuka pada waktu pagi hingga tengahari, nasi kerabu yang cukup terkenal, tokey dah kaya raya, ape tidaknya, masa saya nak beli sebungkus waktu pagi terpaksa berbaris panjang, dan ada yang bungkus berpuluh2 bungkus.

Wednesday, December 28, 2011

Tentang Blog Ini

Blog ini mula dibuat pada 27 disember 2011, mungkin banyak kekurangan,walaubagaimanapun insyaallah saya akan update blog ini dari semasa kesemasa.