Total Pageviews

Tuesday, January 24, 2012

Ais Blend Bergerak


Ais Blend ni dijual dengan Van... so susah nak dipastikan dimana lokasinya yang tepat...selalu berpindah randah.

Laksa



Lokasi kedai laksa ni pula terletak di Batu 8 jalan Kuala Krai, seberang Jalan dari jalan masuk ke Klinik Batu 8, ayah aku kata Laksa ni cukup sedap, kalau dia ke klinik tersebut pasti takan dilepaskan peluang untuk mendapatkan sebungkus 2, dan telah disahkan oleh aku (penguji rasa), memang sedap, ada juga dijual disini nasi kukus... nampak sungguh menyelerakan, tp tak sempat nak pekena... so tak boleh lah nak disahkan.

Keropok Losong


Kedai ni pula berkonsepkan Drive Thru, tapi kena turun sendiri cash n carry, bukan asli dari losong, tapi keropok yg Copy punye, walau bagaimanapun terkenal sedap, namanya Keropok losong rosdan, terletak di jalan kuala Krai selepas kedai sup belut Paya Lada jika menghala ke Kuala Krai.

Sup Belut Paya Lada


Kedai ni dah Lama Beroperasi dah lebih 5 tahun kot, cukup terkenal dikalangan penggemar sup belut, lokasinya di tepi jalan di Kampung Paya Lada Ketereh Kota Bharu, dalam 1-2 km selepas smk Kadok menuju ke Kuala Krai.

Restoran EdDe





Lokasi Rostaran ni kat Kok Lanas, berkonsepkan restoran makanan segera, ada chicken chop, ayam goreng, burger, lebih kurang macam MC d la, tapi yg istimewanya nasi goreng pun ada,terletak di sebelah kanan jalan selepas jambatan, wifi pun ada.

Saturday, December 31, 2011

Membeli Belah


Pengkalan kubur

Nasi Arab

Restoran Am Tarbush, masakan arab citarasa malaysia.
Sori Dah Licin!
Restoran ini terletak di Langgar Kota Bharu, sebelah kiri dari Kota Bharu ke Kubang Kerian, sebelum sedikit Kompleks beli Belah Billion.