Total Pageviews

Monday, December 26, 2011

Sate Ikan (lok cin)

Resepi Lok Ching

Bahan-bahan:

500g isi ikan selayang – dikisar lumat

100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji

1 biji bawang besar - dikisar

1 sudu besar garam

1/3 sudu teh serbuk perasa

Cara memasak:

1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.

2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan sedikit serbuk perasa.

3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.

4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.

5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

SOS Manis

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih – dikisar lumat

1 ½ cawan air

1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air

4 sudu makan gula

½ sudu makan garam

Sedikit serbuk perasa

Sedikit pewarna merah

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)

2. Masukkan air.

3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.

4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.

5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

kalu hok toksei raso bawe putih, tokpayoh boh. Tra la deh, jjadi tok jjadi atah tange masing2 la.

(kredit: engkusulwani.blogspot.com & pinkymomma.com)



2 comments:

  1. Terdapat di pasar pasar minggu, dan dijaja di tepi2 jalan.

    ReplyDelete
  2. salam. nak tanya...bancuhan sate ni tade air ke. atau air reusan ikan tu sebagai airnya?

    ReplyDelete